You are currently browsing the monthly archive for Julai 2008.

Muat turunkan fail cerita pak belalang di sini ke ‘desktop‘ anda:

cerita-pak-belalang

 

MENJAWAB SOALAN:

Kini, anda sudahpun berupaya memahami dan melakarkan jalan cerita tersebut.  Berdasarkan apa yang telah dibaca serta pengetahuan anda menggunakan kata kunci, kupaskan soalan tersebut dan tuliskan jawapan kamu dengan menggunakan template powerpoint berikut:

template-slaid-jawapan

Anda akan menggunakan template tersebut untuk mempersembahkan jawapan masing-masing kepada kelas nanti.

Minggu ini, para pelajar didedahkan kepada 4 contoh awalan pinjaman yang merupakan pinjaman daripada bahasa Inggeris. Semoga senarai kosa kata yang sad kini bertambah untuk penggunaan aspek imbuhan serta penulisan secara keseluruhan. Berikut dilampirkan slaid powerpoint untuk rujukan para pelajar:

awalan-pinjaman

Tugasan di rumah merupakan lembaran kerja yang perlu diselesaikan dan dihantar pada hari Rabu (30/7/08 ):

lembaran-kerja-awalan-pinjaman

Bagi tujuan membantu dalam permarkahan bagi ujian penggal 3, projek bagi subjek bahasa Melayu akan diadakan.  Tujuan  projek ini juga adalah untuk memberi para pelajar wadah rujukan berkesan dalam mengulangkaji dan mempelajari peribahasa dengan cara mudah.

PROJEK PERIBAHASA KITA :Buku Panduan Peribahasa

Anda dikehendaki bekerja dalam kumpulan yang tidak melebihi 3 pelajar setiap kumpulan. Arahan dan penjelasan tentang projek ini terdapat dalam lembaran kerja di bawah:

projek-work-peribahasa

Pastikan anda membaca arahan dengan teliti. Rubrik bagi perlaksanaan projek tersebut akan diberikan sebaik sahaja kumpulan berjumpa saya untuk konsultasi isi projek ( 4hb Ogos 2008 ) sebelum memulakan hasil kreativiti.

Tarikh penghantaran bagi projekini ialah pada hari Jumaat ( 15 Ogos 2008 ). Kumpulan yang tidak menghantar projek mereka akan dikenakan denda, iaitu markah kosong bagi komponen projek untuk markah ujian penggal 3 ini.

Setelah melalui aktiviti dalam pengajaran peribahasa, saya pasti para pelajar sedikit sebanyak telah beupaya untuk membuat perkatian antara makna dan peribahasa. Harapan saya ialah kebolehan para pelajar untuk menggunakan strategi ini untuk belajar atau mengulangkaji peribahasa dengan berkesan untuk keperluan peperiksaan serta latihan penulisan secara amnya. Berikut dilampirkan slaid powerpoint bagi aktiviti hari ini:

peribahasa

Lembaran Kerja perlu dihantarkan selewat-lewatnya pada hari Isnin minggu hadapan bersama-sama dengan ulasan akhbar:

lembaran-kerja-individu

lembaran-kerja-peribahasa-berpandu1

Selamat mencuba. Nantikan projek peribahasa kita nanti!

Para pelajar sekalian,

Setelah melalui pengukuhan dalam perihal 3P-S di dalam kelas menggunakan artikel, diharapkan usaha 3P-S dapat terus dilaksanakan. Berdasarkan apa yang telah anda lalui dalam pembelajaran dan aktiviti kerja kumpulan hari ini, isi template ulasan yang telah diedarkan:

lembaran-ulasan-akhbar

** Peringatan ,

Ulasan artikel perlu dihantarkan pada hari Isnin hadapan (   28hb Julai 2008   ) semasa pelajaran bahasa Melayu.

Pelajar kelas 3A1/ 3A2 / 3A3 / 3S1 / 3S2 /3S3

Anda mempunyai tugasan untuk menulis sebuah karangan. Karangan tersebut adalah perubahan terhadap karangan autobiografi yang telah dipulangkan. Pastikan hasil karangan anda mengandungi sekurang-kurangnya 240 perkataan.

Pastikan perubahan karangan anda menunjukkan penggunaan penanda wacana yang sesuai. Kotakkan penanda wacana yang digunakan menggunakan pen berwarna ungu seperti mana yang telah diterangkan.

Tugasan tersebut juga perlu dihantar semasa kelas bahasa Melayu pada hari Selasa ( 22hb Julai 2008 ).

Para pelajar sekalian,

Setelah melalui pembelajaran dalam memperkasakan perihal bina ayat,

bina-ayat-ppt

Saya pasti para pelajar sudah sedikit sebanyak cara untuk membina ayat dengan baik serta memeri bayangan makna perkataan tersebut dalam ayat anda. Berdasarkan apa yang telah anda lalui dalam pembelajaran hari ini, isi template ulasan yang telah diedarkan:

lembaran-ulasan-akhbar

** Peringatan ,

Ulasan artikel perlu dihantarkan pada hari Isnin hadapan (21hb Julai 2008) semasa pelajaran bahasa Melayu.

** TUGASAN DI RUMAH

(1) Pelajar kelas 3A1/3S3/3S2

Anda mempunyai tugasan kefahaman. Petikan dan soalan kefahaman terdapat dalam buku teks ms 2-4.  Buat tugasan tersebut dalam kertas ‘foolscap‘ dan hantarkan ia selewat-lewatnya  hari Selasa ini semasa kelas Bahasa Melayu ( 14/07/2008  )

(2) Pelajar kelas 3S1/3A2/3A3

Anda mempunyai tugasan kefahaman. Petikan dan soalan kefahaman terdapat dalam buku teks ms 2-4.  Buat tugasan tersebut dalam kertas ‘foolscap‘ dan hantarkan ia selewat-lewatnya  hari Selasa ini semasa kelas Bahasa Melayu ( 14/07/2008  )

 

Saya berharap semua pelajar akan menghantar tugasan tersebut tepat pada masa yang ditetapkan. Terima Kasih.

PERINGATAN

(1) Pelajar kelas 3B1/3B1,

Anda mempunyai tugasan Lembaran Kerja berkenaan awalan pinjaman. Pastikan ia diselesaikan dan dihantar pada Khamis (  10/07/2008  ).

(2) Pelajar kelas 3A1/3S3/3S2

Anda mempunyai tugasan menyelesaikan aktiviti bina ayat menggunakan perkataan yang mengandungi awalan pinjaman dalam buku kerja MS 4. Pastikan ia dihantarkan pada hari Khamis ini ( 10/07/2008  )

(3) Pelajar kelas 3S1/3A2/3A3

Anda mempunyai tugasan menyelesaikan aktiviti bina ayat menggunakan perkataan yang mengandungi awalan pinjaman dalam buku kerja MS 4. Pastikan ia dihantarkan pada hari Khamis ini ( 10/07/2008  )

Para pelajar sekalian,

Setelah melalui pembelajaran dan pengukuhan 3P-S sebagai panduan melaksanakan ulasan,

mempelbagaikan-ulasan

Saya pasti para pelajar sudah sedikit sebanyak tahu bagaimana untuk mempelbagaikan pendekatan. Saya amat berharap anda akan menerapkan pengajaran hari ini dengan berkesan. Anda boleh memuat turunkan slaid ini sebagai panduan setiap kali melaksanakan ulasan artikel.

** Peringatan,

Ulasan artikel perlu dimuatnaikkan ke dalam blog kelas masing-masing selewat-lewatnya hari Isnin hadapan (14hb Julai 2008) sebelum jam 10 malam. Sekali lagi, sesiapa yang lewat dalam penghantaran akan didenda satu lagi ulasan.