You are currently browsing the daily archive for Ogos 13th, 2008.
Para pelajar sekalian,
Harapan saya anda seronok melalui pembelajaran berkenaan kata majmuk di dalam kelas tadi. Semoga pengalaman dalam proses pembelajaran tadi berkesan untuk mengukuhkan pemahaman anda berkenaan kata majmuk dan proses pengimbuhan serta pemilihan untuk memisahkan dua kata atau menyambung kata berkenaan.
Pemahaman penjenisan dan makna kata majmuk serta pengimbuhan ini amat berguna untuk diaplikasikan dalam bahagian A1 bagi kertas kedua dan juga penambahan pada kosa kata dalam aspek penulisan secara amnya.
Dengan itu, pastikan anda selesaikan lembaran kerja yang telah diedarkan:
Pastikan lembaran kerja ini diselesaikan dan dihantar pada 18 Ogos 2008 semasa kelas Bahasa Melayu kita nanti. Selamat Mencuba!
Nampaknya, ulasan bagi minggu lalu, iaitu Minggu 7 masih belum dimuatnaikkan para pelajar daripada 3A1-3A3 dan 3S1-3S3. Saya ingin melihat hasil ulasan dimuatnaikkan ke dalam blog seperti biasa selewat-lewatnya pada hari Khamis jam 10malam.
Selain itu, sila maca komen-komen yang telah diletakkan bagi dua hasil ulasan anda yang telah dibuat pada permulaan penggal ini. Fikirkan tentang persoalan dan perkara yang telah saya kemukakan. Respons pelajar dan rakan-rakan yang lain amat dialu-alukan.
Lantas, dengan penuh sukacita, saya ingin mengumumkan perlaksanaan tugasan bagi ulasan minggu 8 minggu ini. Baca dan pilih satu keratan akhbar untuk diringkaskan dan dilakarkan ulsaan tersebut. Bagi ulasan Minggu 8, tarikh penghantarannya bagi anda untuk memuatnaikkan ulasan tersebut ialah pada hari Isnin, minggu hadapan ( 18 ogos 2008 ). harapan saya agar penghantaran kali ini akan lebih berkesan dan dilaksanakan tepat pada masa yang ditetapkan.
