You are currently browsing the daily archive for Ogos 18th, 2008.
Assalamualaikum pelajar sekalian,
Pengukuhan penulisan surat kiriman rasmi hari ini merupakan sedikit ulasan berkenaan hasil penulisan buat ujian penggal ini yang telah anda lalui. Anda pasti ternanti-nantikan kertas karangan anda dan markah yang telah diraih untuk ujian tersebut.
Usah gusar.. usah terlalu khuatir berkenaan markah. Tujuan hari ini ialah untuk memastikan pelajar memahami kesalahan masing-masing dan membuat perubahan yang sepatutnya dalam perlaksanaan surat kiriman yang lain.
Anda boleh muat turunkan slaid powerpoint sebagai panduan apabila menulis surat kiriman:
Semoga ia dapat dijadikan panduan yang bertepatan setiap kali anda melaksanakan tugasan surat kiriman.
Para pelajar sekalian,
Semoga aktiviti SCAMPER hari ini memberi nafas baru berkenaan apa yang boleh dilakukan untuk memperluaskan idea dalam jalan cerita karangan.
Ulasan bertulis menggunakan artikel dalam akhbar akan dilaksanakan pada kertas template yang telah disiapkan. Ulasan tambahan SCAMPER yang perlu dimuatnaikkan ke dalam blog. Kedua-dua bentuk ulasan perlu dihantarkan selewat-lewatnya pada hari Isnin hadapan 25hb Ogos 2008.
Saya menantikan hasil kreativiti para pelajar!
Para pelajar sekalian,
nampaknya hampir kesemua pelajar belum menyelesaikan projek peribahasa anda. Sila maklum bahawa markah projek ini merupakan sepuluh peratus daripada markah keseluruhan ujian penggal 3.
Oleh itu, tarikh penghantaran akan ditangguhkan sehingga hari Rabu ini, 20hb Ogos 2008 jam 5 petang. Pelajar boleh meletakkan hasil hardcopy di dalam pigeon hole Cikgu Maslin manakala hasil softcopy boleh dimuatnaikkan ke dalam blog atau diemelkan kepada saya di atilza_16@yahoo.com.sg tepat pada jam tersebut.
Bagi kumpulan yang ingin melihat contoh sebahagian daripada projek tersebut berdasarkan satu peribahasa, sila klik kategori peribahasa dalam blog ini.
Kumpulan yang lewat penghantarannya akan dipotong 2 markah bagi satu hari dan selebihnya akan diberi markah kosong jika mencecah hari kedua.
Sila maklum bahawa usaha projek ini adalah untuk membantu anda agar lulus dalam ujian. Semoga usaha ini dapat memberi sedikit perangsang untuk anda lebih berupaya untuk lulus dalam ujian penggal ini.
Saya amat menantikan hasil projek anda..
