You are currently browsing the daily archive for Ogos 21st, 2008.
Sempena akhir penggal 3 ini,
Jabatan Bahasa Melayu akan mengadakan satu peraduan penulisan cerpen untuk menguji kemahiran sejak pengalaman anda dalam membaca dan penulisan cerpen semasa cuti pertengahan tahun. Oleh itu, semua pelajar menengah 3 akan menulis satu cerita pendek berdasarkan antara 3 tajuk yang disediakan.
Tarikh penghantaran adalah pada 26 Ogos 2008, selewat-lewatnya jam 3.30ptg dan perlu ditaip dan dicetakkan serta diserahkan kepada saya.
Semua ppelajar dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya satu entri bagi memerikan lagi peraduan ini. Hadiah-hadiah istimewa khas buat hasil cerpen yang baik menanti anda semua.
Saya menanti pencernaan kreativiti anda dalam cerpen tersebut!
Alhamdulillah…
Semoga pendedahan kepada karangan ekspositori hari ini membuka sedikit ruang kepada kemungkinan para pelajar mencuba karangan bentuk sedemikian pada masa-masa yang akan datang.
Sebagai panduan, berikut adalah lampiran powerpoint yang telah dipersembahkan tempoh hari. Semoga ia dapat dijadikan panduan dalam perlaksanaan tugasan di rumah anda:
Selain itu, aktiviti hari ini bukan sahaja dari segi penimbaan kemahiran dalam memcuba karangan bentuk ekspositori tetapi juga sebagai unsur imbas kembali dan renungan bersama terhadap apa yang telah kita lalui selama 8 minggu saya mengajar para pelajar sekalian. Semestinya, ia merupakan unsur lapor balik yang penting dan juga unsur peringatan dan panduan bagi anda dalam usaha untuk mempertingkatkan bahasa Melayu kita bersama.
Peringatan, anda ada tugasan di rumah iaitu perlaksanaan penulisan karangan ekspositori bagi tajuk yang sama:
Cara-cara untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah menengah.
Hasil tulisan karangan tersebut perlu dimuatnaikkan ke dalam blog kelas anda selewat-lewatnya hari Selasa ( 26 Ogos 2008 ) jam 8malam.
Selamat mencuba!
Para pelajar sekalian,
Bagi rumusan terhadap pengajaran saya sepanjang 9 minggu ini, saya telah memberikan tugasan di rumah dalam buku kerja anda. Pastikan muka surat dan bahagian berikut dibuat pembetulan serta diselesaikan dan dihantarkan pada hari Isnin hadapan ( 25hb Ogos 2008 ):
ms 1-5 — Kefahaman Objektif / Bina Ayat awalan pinjaman / Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
ms 13-15 — Peribahasa / Imbuhan (Prosedur Kloz)
ms 21-24 — Kefahaman Subjektif / Peluasan Predikat
Pastikan latihan-latihan berikut diselesaikan. Tarikh penghantaran ialah pada hari Isnin hadapan ( 25hb Ogos 2008 ).
Para pelajar sekalian,
Semoga aktiviti SCAMPER hari ini memberi nafas baru berkenaan apa yang boleh dilakukan untuk memperluaskan idea dalam jalan cerita karangan.
Ulasan bertulis menggunakan artikel dalam akhbar akan dilaksanakan pada kertas template yang telah disiapkan.
Ulasan tambahan SCAMPER yang perlu dimuatnaikkan ke dalam blog pada hari ini selewat-lewatnya jam 10 malam
Ulasan online perlu dihantarkan selewat-lewatnya pada hari Isnin hadapan 25hb Ogos 2008.
Saya menantikan hasil kreativiti para pelajar!

