Wah, nampaknya para pelajar sekalian berjaya membuat saya menambah berat badan saya!! Dengan segala macam bahan-bahan atau produk cokelat yang banyak sekali. Dengan itu, saya isytiharkan Cikgu Fauzia sudah tidak terlalu kurus lagi!!
Para pelajar sekalian, izinkan saya bermula dengan kekata:
“SETIAP PERMULAAN ADA AKHIRNYA”
Saya amat gembira kerana telah diberi peluang untuk mengajar anda semua. Semestinya pengalaman tersebut amat bermakna dan merupakan satu kenangan manis buat saya. Saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan semua serta kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan masing-masing.
3B1 :
Awak semua adalah kelas yang sentiasa menghantar tugasan rumah yang saya berikan. Sesungguhnyam saya amat menghargai kegigihan anda ini. Usah biarkan kelemahan dalam bahasa Melayu menjadi penghalang proses pembelajaran anda kelak. Saya pasti segala kegigihan anda akan diberkati dan membuahkan hasil. Kegigihan dan usaha anda sering membuat saya tersenyum dan saya pasti anda akan tersenyum lebar satu hari nanti
3A1/3S2/3S3:
Kelas anda merupakan dugaan dan cabaran terbesar bagi diri saya memandangkan saiz kelas anda sebanyak 22 pelajar. Namun, ia membawa satu perasaan yang menyayat hati di saat minggu terakhir saya bersama anda. Saya amat menghargai usaha anda semua dalam menghantar tugasan yang terlewat itu. Saya akan merindui kelas ini kerana kenakalan anda.
3S1/3A2/3A3:
Anda adalah kelas saya yang paling kecil dan agak mudah untuk saya mengajar dan melaksanakan pelbagai aktiviti. Pengalaman saya amat mengembirakan setiap kali mengajar anda semua. Selain itu, saya juga gembira melihat beberapa pelajar lain yang kini turut ingin bertutur dan berinteraksi dengan aktif di dalam kelas. Saya harap anda dapat teruskan usaha tersebut. Teruskan keghairahan dan ketekunan dalam proses pembelajaran di dalam bilik darjah.
Namun, akhirnya ini bukan bererti perpisahan… Anda semua pelajar yang saya sayangi dan hargai. Pengalaman kita selama 10 minggu tidak akan hilang dari ingatan.
Selamat Maju Jaya.
Jika ada kesempatan, kita mungkin akan bertemu sekali … mungkin sebagai pelajar saya, mungkin sebagai rakan kerja saya jika anda memilih menjadi seorang guru nanti! Blog ini dan blog kelas kita sentiasa terbuka untuk kita berkomunikasi dan bertukar pendapat.
CIKGU FAUZIA

2 comments
Comments feed for this article
Ogos 31, 2008 pada 3:39 pm
qdetactive
salam ziarah.
bagusnya, gunakan teknologi maklumat dalam PnP.
September 1, 2008 pada 8:08 am
LNL
thank you cikgu fauzia for everything and indeed, i will miss you too! time flies very fast and now, we are left with bidding goodbyes. i am glad that you have pursue your dreams to be a trainee teacher and i wish you all the best for coming events. HEHE, do not forget to send us an invitation card for your ‘ehem’. oops, and selamat berpuasa uh. :]
let us meet again when there are chances to.
it is sad to see you leave opss after ten weeks of teaching in this school. i almost cried when you had to leave opss. for you are always my teacher and my friend whom i can talk or confide to. you are the first teacher whom i am actually regarding you as my friend. though all teachers are serious looking and difficult to get along with sometimes. so, it is a great pleasure for you to teach us in opss. i am gonna miss you,
LOVE,
Lina Nur Lyana Bte Abdul Rahim, 3S2