You are currently browsing the category archive for the 'Bahan Pembelajaran Pelajar' category.
Para pelajar sekalian,
Nampaknya perjalanan kita sudah berakhir untuk penggal 3. Walaubagaimanapun, masih ada beberapa perkara yang perlu dikemaskinikan bersama anda.
Bagi latihan kefahaman dalam buku teks dan buku kerja yang akan dipulangkan, berikut saya lampirkan jawapan panduan bagi membantu pelajar dalam perihal melaksanakan pembetulan sebelum ia difailkan. Sila muat turunkan fail berkenaan untuk memastikan anda melaksanakan pembetulan dengan baik:
Semoga ia membantu pelajar memahami mengapa terdapat kesalahan tertentu dalam perlaksanaan kefahaman berkenaan.
Nantikan jawapan panduan bagi Latihan Kefahaman Pak Belalang.
Selamat Memulakan Penggal keempat ini yang pendek tetapi agak menekankan. Selamat mengulangkaji untuk peperiksaan ya?
Alhamdulillah…
Semoga pendedahan kepada karangan ekspositori hari ini membuka sedikit ruang kepada kemungkinan para pelajar mencuba karangan bentuk sedemikian pada masa-masa yang akan datang.
Sebagai panduan, berikut adalah lampiran powerpoint yang telah dipersembahkan tempoh hari. Semoga ia dapat dijadikan panduan dalam perlaksanaan tugasan di rumah anda:
Selain itu, aktiviti hari ini bukan sahaja dari segi penimbaan kemahiran dalam memcuba karangan bentuk ekspositori tetapi juga sebagai unsur imbas kembali dan renungan bersama terhadap apa yang telah kita lalui selama 8 minggu saya mengajar para pelajar sekalian. Semestinya, ia merupakan unsur lapor balik yang penting dan juga unsur peringatan dan panduan bagi anda dalam usaha untuk mempertingkatkan bahasa Melayu kita bersama.
Peringatan, anda ada tugasan di rumah iaitu perlaksanaan penulisan karangan ekspositori bagi tajuk yang sama:
Cara-cara untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah menengah.
Hasil tulisan karangan tersebut perlu dimuatnaikkan ke dalam blog kelas anda selewat-lewatnya hari Selasa ( 26 Ogos 2008 ) jam 8malam.
Selamat mencuba!
Para pelajar sekalian,
Semoga aktiviti SCAMPER hari ini memberi nafas baru berkenaan apa yang boleh dilakukan untuk memperluaskan idea dalam jalan cerita karangan.
Ulasan bertulis menggunakan artikel dalam akhbar akan dilaksanakan pada kertas template yang telah disiapkan.
Ulasan tambahan SCAMPER yang perlu dimuatnaikkan ke dalam blog pada hari ini selewat-lewatnya jam 10 malam
Ulasan online perlu dihantarkan selewat-lewatnya pada hari Isnin hadapan 25hb Ogos 2008.
Saya menantikan hasil kreativiti para pelajar!
Assalamualaikum pelajar sekalian,
Pengukuhan penulisan surat kiriman rasmi hari ini merupakan sedikit ulasan berkenaan hasil penulisan buat ujian penggal ini yang telah anda lalui. Anda pasti ternanti-nantikan kertas karangan anda dan markah yang telah diraih untuk ujian tersebut.
Usah gusar.. usah terlalu khuatir berkenaan markah. Tujuan hari ini ialah untuk memastikan pelajar memahami kesalahan masing-masing dan membuat perubahan yang sepatutnya dalam perlaksanaan surat kiriman yang lain.
Anda boleh muat turunkan slaid powerpoint sebagai panduan apabila menulis surat kiriman:
Semoga ia dapat dijadikan panduan yang bertepatan setiap kali anda melaksanakan tugasan surat kiriman.
Alhamdulillah…
Hari ini pengajaran dan pembelajaran karangan ekspositori berjaya berjalan dengan lancar bersamaan dengan percubaan kita dalam perlaksanaan forum walaupun terdapat pelajar yang kelihatan agak terperanjat dengan persembahan pengajaran hari ini.
Saya gembira dan ucapan terima kasih di atas kerjasama semua sepanjang pelajaran hari ini. Walaupun, kesimpulan berkenaan proses hari tersebut masih belum diketahui, namun, saya rasa apa yang telah kita lalui amat bererti dan semoga ia dapat diaplikasikan di masa hadapan.
Sebagai panduan, berikut adalah lampiran powerpoint yang telah dipersembahkan tempoh hari. Semoga ia dapat dijadikan panduan dalam perlaksanaan tugasan di rumah anda:
Selain itu, bicara forum kita tadi amat bererti bukan sahaja dari segi penimbaan kemahiran dalam memcuba karangan bentuk ekspositori tetapi juga sebagai unsur imbas kembali dan renungan bersama terhadap apa yang telah kita lalui selama 8 minggu saya mengajar para pelajar sekalian. Semestinya, ia merupakan unsur lapor balik yang penting dan juga unsur peringatan dan panduan bagi anda dalam usaha untuk mempertingkatkan bahasa Melayu kita bersama.
Peringatan, anda ada tugasan di rumah iaitu perlaksanaan penulisan karangan ekspositori bagi tajuk yang sama:
Cara-cara untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah menengah.
Hasil tulisan karangan tersebut perlu dimuatnaikkan ke dalam blog kelas anda selewat-lewatnya hari Selasa ( 19 Ogos 2008 ) jam 8malam.
Selamat mencuba!
Para pelajar sekalian,
Harapan saya anda seronok melalui pembelajaran berkenaan kata majmuk di dalam kelas tadi. Semoga pengalaman dalam proses pembelajaran tadi berkesan untuk mengukuhkan pemahaman anda berkenaan kata majmuk dan proses pengimbuhan serta pemilihan untuk memisahkan dua kata atau menyambung kata berkenaan.
Pemahaman penjenisan dan makna kata majmuk serta pengimbuhan ini amat berguna untuk diaplikasikan dalam bahagian A1 bagi kertas kedua dan juga penambahan pada kosa kata dalam aspek penulisan secara amnya.
Dengan itu, pastikan anda selesaikan lembaran kerja yang telah diedarkan:
Pastikan lembaran kerja ini diselesaikan dan dihantar pada 18 Ogos 2008 semasa kelas Bahasa Melayu kita nanti. Selamat Mencuba!
Setelah didedahkan kepada strategi prosedur kloz hari ini, harapan saya ia menjadi panduan yang tepat dan berkesan bagi perlaksanaan soalan sedemikian dalam ujian dan peperiksaan. Ia bukanlah cara yang muktamad tetapi berkebolehan untuk membantu sedikit sebanyak:
Semoga dengan adanya bahan ini, ia dapat menyediakan wadah untuk anda mengulangkaji dan mengamalkan strategi-strategi yang tertentu demi mencapai kejayaan.
Berikut saya lampirkan lembaran kerja berpandu secara bertahap-tahap yang perlu dilaksanakan semasa cuti panjang sempena Hari Kebangsaan.
Hantarkan ia selewat-lewatnya pada 12 Ogos 2008 semasa kelas bahasa Melayu.
Nampaknya, kita semua telah berjaya memahami perkara penting dalam penggunaan kata majmuk apabila ia diimbuhkan. Harapan saya adalah ia dapat diterapkan dalam peperiksaan atau ujian serta perihal penulisan dalam kertas satu.
Berikut saya lampikan ppt yang telah digunakan dalam pengajaran kita:
Semoga lelaman yang turut dilampirkan dalam slaid tersebut dapat membantu untuk memperjelaskan lagi pemahaman anda berkenaan kata majmuk.
Jangan lupa untuk menyelesaikan lembaran kerja kata majmuk :
Pastikan ia dihantar selewat-lewatnya pada 12 Ogos 2008.
Assalamualaikum para pelajar sekalian,
Hari ini kita mula mencorakkan langkah dalam perlaksanaan projek peribahasa secara formal. Sebelum anda memulakan projek tersebut, mari kita mula dengan proses menilai bahan yang disiapkan supaya dapat menilai bahan kita sendiri agar menjadi yang terbaik sebelum dihantar.
Sila muat turunkan bahab berikut untuk diterokai dan dinilai berdasarkan rubrik yang telah diedarkan:
Pastikan anda menggunakan pengalaman dalam pembelajaran hari ini agar dapat menghasilkan projek yang terbaik memandangkan ia merupakan sebahagian daripada pemarkahan dalam ujian penggal ini.
Muat turunkan fail cerita pak belalang di sini ke ‘desktop‘ anda:
MENJAWAB SOALAN:
Kini, anda sudahpun berupaya memahami dan melakarkan jalan cerita tersebut. Berdasarkan apa yang telah dibaca serta pengetahuan anda menggunakan kata kunci, kupaskan soalan tersebut dan tuliskan jawapan kamu dengan menggunakan template powerpoint berikut:
Anda akan menggunakan template tersebut untuk mempersembahkan jawapan masing-masing kepada kelas nanti.

