You are currently browsing the category archive for the 'Kefahaman' category.

Kefahaman (Kitar Semula)

3B1 – Azman, Nafisah

3S1/3A2/3A3 -  Anuar, Feliks, Azira, Baizurah

3A1/3S2/3S3 – Lin, Fadhli, Sarah Huda, Ismady, Ridhwan, Salim, Nadzirah, Amirah, Nadiah

Kefahaman (Pak Belalang)

3B1 – Mohd Nor Afiqah, Azman, Nafisah, Suriani

3S1/3A2/3A3 -  Anuar, Dinah, Azira, Baizurah, Hadi

3A1/3S2/3S3 – Lina, Zahin, Sarah Huda, Ismady, Ridhwan, Salim, Syafiqah, Hazeerah, Amirah, Nadiah, Safwah, Shahril, Nazry

Para pelajar sekalian,

Bagi rumusan terhadap pengajaran saya sepanjang 9 minggu ini, saya telah memberikan tugasan di rumah dalam buku kerja anda. Pastikan muka surat dan bahagian berikut dibuat pembetulan serta diselesaikan dan dihantarkan pada hari Isnin hadapan ( 25hb Ogos 2008 ):

ms 1-5  —  Kefahaman Objektif / Bina Ayat awalan pinjaman / Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

ms 13-15  — Peribahasa / Imbuhan (Prosedur Kloz)

ms 21-24 — Kefahaman Subjektif / Peluasan Predikat

 

Pastikan latihan-latihan berikut diselesaikan.  Tarikh penghantaran ialah pada hari Isnin hadapan ( 25hb Ogos 2008 ).

Para pelajar sekalian,

berdasarkan pembelajaran kefahaman yang telah kita lalui bersama, telah saya muatnaikkan bahan hasil pembentangan jawapan bagi soalan semasa aktiviti kumpulan dalam lelaman kelas masing-masing. Anda dipersilakan untuk melungsuri lelaman kelas lain untuk meluaskan lagi cara-cara melaksanakan jawapan soalan kefahaman dengan lebih berkesan.

Saya harap ia dapat membantu pelajar dalam strategi dan teknik menjawab soalan kefahaman

Muat turunkan fail cerita pak belalang di sini ke ‘desktop‘ anda:

cerita-pak-belalang

 

MENJAWAB SOALAN:

Kini, anda sudahpun berupaya memahami dan melakarkan jalan cerita tersebut.  Berdasarkan apa yang telah dibaca serta pengetahuan anda menggunakan kata kunci, kupaskan soalan tersebut dan tuliskan jawapan kamu dengan menggunakan template powerpoint berikut:

template-slaid-jawapan

Anda akan menggunakan template tersebut untuk mempersembahkan jawapan masing-masing kepada kelas nanti.

** TUGASAN DI RUMAH

(1) Pelajar kelas 3A1/3S3/3S2

Anda mempunyai tugasan kefahaman. Petikan dan soalan kefahaman terdapat dalam buku teks ms 2-4.  Buat tugasan tersebut dalam kertas ‘foolscap‘ dan hantarkan ia selewat-lewatnya  hari Selasa ini semasa kelas Bahasa Melayu ( 14/07/2008  )

(2) Pelajar kelas 3S1/3A2/3A3

Anda mempunyai tugasan kefahaman. Petikan dan soalan kefahaman terdapat dalam buku teks ms 2-4.  Buat tugasan tersebut dalam kertas ‘foolscap‘ dan hantarkan ia selewat-lewatnya  hari Selasa ini semasa kelas Bahasa Melayu ( 14/07/2008  )

 

Saya berharap semua pelajar akan menghantar tugasan tersebut tepat pada masa yang ditetapkan. Terima Kasih.