You are currently browsing the category archive for the 'Pengumuman 3Exp' category.

Mokhtar

 

Penggunaan frasa-frasa berbunga yang bertepatan serta berupya menyampaikan nada dan perasaan yang wujud dalam watak pada pembaca.  Namun, jalan cerita agak kompleks dan kadang-kala mengelirukan.

 

 

Feliks

 

Pemilihan jalan cerita yang baik dan bersesuaian dengan permulaan cerita. Percubaan untuk menggunakan frasa-frasa untuk memberi deskripsi mendalam terhadap apa yang berlaku dalam jalan cerita. Namun, penutup cerpen terlalu mendadak dan tidak meleraikan masalah dalam cerita.

 

Lina

 

Penggunaan penanda wacana yang berkesan dan mengembirakan. Satu usaha yang dipuji dalam mempraktikkan apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Namun, keterikatan antara jalan cerita dengan permulaan cerita kurang meyakinkan.

 

Fadhli

 

Sebuah cerita yang amat menyayat hati. Kebolehan meletakkan diri dalam situasi seseorang yang lebih dewasa menunjukkan kematangan fikiran. Dilihat juga penggunaan frasa-frasa yang baik dalam cerpen. Namun, perlu beri keprihatinan terhadap organisasi perenggan serta bahasa.

 

Norsyafiqah

 

Cerita yang unik yang boleh disampaikan dengan sedikit unsur suspens dengan merahsiakan identiti watak-watak tertentu. Penggunaan frasa-frasa berbunga yang sangat bersesuaian dengan keperluan bahagian dalam cerita berkenaan.

 

Nurul Nadiah

 

Satu cerita yang memberi persepsi baru terhadap jalan cerita yang boleh dijadikan pilihan buat permulaa cerita. Usaha untuk menerapkan peribahasa yang bersesuaian amat mengembirakan. Namun, masih boleh diperkembangkan penggunaannya dalam konteks dengan lebih realistic

 

Haziqah

 

Cerpen yang bermula seperti karangan biasa tetapi memberi unsur kejutan yang bertepatan dengan keperluan penulisan cerpen. Memperlihatkan praktis frasa-frasa berbunga. Namun, perlu berhati-hati dengan penggunaan bahasa yang gramatis

 

Hazeerah

 

Satu percubaan untuk menghasilkan cerpen yang berakhir dengan tanda tanya tetapi masih mempunyai kesimpulan yang boleh diteka oleh pembaca. Percubaan yang boleh dipertingkatkan. Namun, kesimpulan dan permulaan sukar dibuat ikatannya. Usaha untuk menggunakan peribahasa da frasa berbunga juga dapat dilihat.

 

Raudhatul Jannah

 

Satu cerpen yang mempunyai jalan cerita yang bersesuaian tetapi kurang mengungkap akhiran cerpen, “tidak sempat ungkapkan”.  Perihal guru perlu diperlihatkan dengan lebih mendalam sepanjang cerita, yakni, guru sebagai watak utama dalam cerita. Cara teknik imbas kembali juga dapat dilakukan dengan cara yang kurang mendadak.

 

Lydia

 

Pengenalan kepada dua watak penting agak ketara dalam cerpen. Namun, watak ‘guru’ yang amat diperlukan dalam cerpen berkenaan tidak menonjol seperti mana yang sepatutnya. Penggunaan bahasa yang mudah dan kekurangan frasa-frasa berbunga yang boleh memerikan cerpen. Penutup kurang dikaitkan mengapa Rizal tidak sempat ungkapkan kata-katanya.

 

Hadi

 

Jalan cerita kurang logik dan agak mengelirukan. Malah ia memberi terlalu banyak tanda Tanya terhadap pembaca. Mungkin, penggunaan deskripsi yang mendalam untuk menjelaskan perasaan yang bergelora dalam Rizal dapat membantu.

 

Baizurah

 

Jalan cerita dapat dilihat dan difahami dengan jelas. Namun, ia tidak berlegar di sekitar watak guru yang sepatutnya merupakan watak utama dalam cerita. Malah, tiada penggunaan akhiran cerita yang disediakan.

 

Siti Nurlaili

 

Jalan cerita yang memuaskan keperluan cerpen yang memerlukan akhiran yang sedemikian serta logik dan mudah difahami. Berupaya menghidupkan watak guru yang menjadi watak utama. Namun, bahagian permulaan cerita boleh disingkatkan.

 

Nadirah

 

Satu percubaan yang baik serta memperlihatkan jalan cerita yang menarik dan mudah difahami. Bahasa yang digunakan bertepatan dengan tahap penulisan. Penggunaan beberapa penanda wacana yang dilihat amat mengembirakan. Sebagai tambahan, penggunaan peribahasa juga dapat digunakan untuk memerikan cerpen ini

Ivonne

 

Penggunaan frasa-frasa berbunga yang amat bersesuaian dengan konteks ayat dan perenggan. Jalan cerita juga turut menepati keperluan cerpen yang akhirannya sedemikian. Sebagai tambahan, boleh didalami perasaan Rizal dengan menggunakan kata atau frasa adjektif yang bersesuaian untuk menghidupkan lagi watak tersebut.

 

Reeta

 

Usaha penulisan cerpen yang amat mengembirakan. Walaupun agak panjang, menunjukkan kematangan untuk mengupas watak dan jalan cerita dengan mendalam serta realistik. Walaubagaimanapun, masih boleh dipadatkan bahagian awal cerpen tersebut supaya tidak terlalu membosankan.

 

Fadzil

 

Cerita diakhiri dengan unsur nasihat bagi pembaca. Bersesuaian untuk pembaca di peringkat menengah rendah. Namun, adalah lebih baik jika unsur kebaikan dan pengajaran dating sendiri kepada pembaca setelah membaca, terutama lagi bagi penulisan peringkat menengah.

 

Susanty

 

Satu jalan cerita yang mudah difahami dan padat. Pendekatan nasihat diambil berbeza kerana diungkapkan oleh watak sendiri. Mungkin, untuk memerikan lagi cerpen, dapat digunakan unsur penulisan diari atau blog dan lain-lain lagi yang boleh menyampaikan mesej tersebut secara tersirat

Peribahasa

3B1 – Nadirah, Nafisah, Suriani

3S1/3A2/3A3 -  Anuar, Dinah, Feliks, Azira

3A1/3S2/3S3 – Semua pelajar kecuali ( Lydia,Hazeerah,Raudhatul Jannah,Reeta, Ivonne) yang sudah hantar

Awalan Pinjaman

3B1 – Fadzil, Shafiq, Azman, Syafinah, Suriani

3S1/3A2/3A3 -  Azira, Baizurah

3A1/3S2/3S3 – Semua pelajar kecuali (Lydia, Syafiqah, Hazeerah, Raudhatuul Jannah, Reeta, Nurlaili, Ivonne) kerana mereka sudah menghantar tugasan mereka

Peluasan Subjek

3B1 – Nafisah, Nurafiqah, Syafinah, Suriani

3S1/3A2/3A3 -  Azira, Baizurah

3A1/3S2/3S3 – Semua pelajar kecuali (Andri, Haziqah, Lydia,Raudhatul Jannah, Reeta, Nurlaili, Ivonne) kerana sudah menghantar tugasan

Prosedur Kloz

Sedang disemak senarai pelajar

Kata Majmuk

3B1 – Hafiz, Suriani

3S1/3A2/3A3 -  Mokhtar, Anuar, Dinah, Azira, Baizurah

3A1/3S2/3S3 – Semua pelajar kecuali (Lydia, Syafiqah, Hazeerah, Raudhatul Jannah, Reeta, Nurlaili, Ivonne)

Peluasan Predikat

3B1 – Mohd ur Afiqah, Shafiq, Hafiz, Azman, Nadhirah, Farhanah, Syafinah, Ain, Suriani

3S1/3A2/3A3 -  Semua pelajar

3A1/3S2/3S3 – Semua pelajar kecuali (Syafiqah, Raudhatul Jannah, Hazeerah) yang telah menghantar tugasan masing-masing

Surat Kiriman Panduan

Semua pelajar kelas 3A2/3A3/3S1 kecuali Hadi yang telah menghantar

Kefahaman (Kitar Semula)

3B1 – Azman, Nafisah

3S1/3A2/3A3 -  Anuar, Feliks, Azira, Baizurah

3A1/3S2/3S3 – Lin, Fadhli, Sarah Huda, Ismady, Ridhwan, Salim, Nadzirah, Amirah, Nadiah

Kefahaman (Pak Belalang)

3B1 – Mohd Nor Afiqah, Azman, Nafisah, Suriani

3S1/3A2/3A3 -  Anuar, Dinah, Azira, Baizurah, Hadi

3A1/3S2/3S3 – Lina, Zahin, Sarah Huda, Ismady, Ridhwan, Salim, Syafiqah, Hazeerah, Amirah, Nadiah, Safwah, Shahril, Nazry

Karangan Autobiografi

3B1 – Azman, Farhanah

3S1/3A2/3A3 -  Dinah, Feliks, Baizurah

3A1/3S2/3S3 – Andri, Lina, Fadhli, Zahin, Sarah Huda, Ismady, Salim, Safwah, Shahril

Karangan Autobiografi (Penanda Wacana)

3B1 – Hafiz, Azman, Nafisah, Nurafiqah, Farhana, Syafiinah, Ain, Suriani

3S1/3A2/3A3 -  Dinah, Feliks, Baizurah

3A1/3S2/3S3 – Andri, Lina, Fadhli, Zahin, Sarah Huda, Ismady, Ridhwan, Salim, Nadzirah, Nadiah, Safwah, Siti Nurlaili, Ivonne, Shahril, Nazry

Kertas Ujian - Surat Kiriman / Dialog

SALIM!!!!!!

Karangan Ekspositori

Semua pelajar kelas Expres masih belum memuatnaikkan karangan ekspositori anda.

Penulisan Cerpen (Peraduan)

Para pelajar sekalian,

Diminta semua menghasilkan sedikit biodata berkenaan diri anda untuk dimuatnaikkan sebagai pengenalan dalam blog kelas masing-masing.  Biodata anda tidak perlu panjang, hanya setakat sedikit informasi yang menarik berkenaan diri anda. Saya juga inginkan gambar pelajar masing-masing disertakan dalam biodata anda.

Harapan saya agar bahan biodata dan gambar dapat dihantarkan melalui emel pada hujung minggu ini di atilza_16@yahoo.com.sg

Semoga hasil anda bersama dengan blog kelas kita bersama menjadi unsur kenangan dan wqadah komunikasi yang berkesan dalam kelas.

Sempena akhir penggal 3 ini,

Jabatan Bahasa Melayu akan mengadakan satu peraduan penulisan cerpen untuk menguji kemahiran sejak pengalaman anda dalam membaca dan penulisan cerpen semasa cuti pertengahan tahun. Oleh itu, semua pelajar menengah 3 akan menulis satu cerita pendek berdasarkan antara 3 tajuk yang disediakan.

 

Tarikh penghantaran adalah pada 26 Ogos 2008, selewat-lewatnya jam 3.30ptg dan perlu ditaip dan dicetakkan serta diserahkan kepada saya.

Semua ppelajar dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya satu entri bagi memerikan lagi peraduan ini. Hadiah-hadiah istimewa khas buat hasil cerpen yang baik menanti anda semua.

Saya menanti pencernaan kreativiti anda dalam cerpen tersebut!

Para pelajar sekalian,

Bagi rumusan terhadap pengajaran saya sepanjang 9 minggu ini, saya telah memberikan tugasan di rumah dalam buku kerja anda. Pastikan muka surat dan bahagian berikut dibuat pembetulan serta diselesaikan dan dihantarkan pada hari Isnin hadapan ( 25hb Ogos 2008 ):

ms 1-5  —  Kefahaman Objektif / Bina Ayat awalan pinjaman / Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

ms 13-15  — Peribahasa / Imbuhan (Prosedur Kloz)

ms 21-24 — Kefahaman Subjektif / Peluasan Predikat

 

Pastikan latihan-latihan berikut diselesaikan.  Tarikh penghantaran ialah pada hari Isnin hadapan ( 25hb Ogos 2008 ).

Para pelajar sekalian,

nampaknya hampir kesemua pelajar belum menyelesaikan projek peribahasa anda.  Sila maklum bahawa markah projek ini merupakan sepuluh peratus daripada markah keseluruhan  ujian penggal 3. 

Oleh itu, tarikh penghantaran akan ditangguhkan sehingga hari Rabu ini, 20hb Ogos 2008 jam 5 petang. Pelajar boleh meletakkan hasil hardcopy di dalam pigeon hole Cikgu Maslin  manakala hasil softcopy boleh dimuatnaikkan ke dalam blog atau diemelkan kepada saya di atilza_16@yahoo.com.sg tepat pada jam tersebut.

Bagi kumpulan yang ingin melihat contoh sebahagian daripada projek tersebut berdasarkan satu peribahasa, sila klik kategori peribahasa dalam blog ini.

Kumpulan yang lewat penghantarannya akan dipotong 2 markah bagi satu hari dan selebihnya akan diberi markah kosong jika mencecah hari kedua. 

Sila maklum bahawa usaha projek ini adalah untuk membantu anda agar lulus dalam ujian.  Semoga usaha ini dapat memberi sedikit perangsang untuk anda lebih berupaya untuk lulus dalam ujian penggal ini.

Saya amat menantikan hasil projek anda..

Alhamdulillah…

Hari ini pengajaran dan pembelajaran karangan ekspositori berjaya berjalan dengan lancar bersamaan dengan percubaan kita dalam perlaksanaan forum walaupun terdapat pelajar yang kelihatan agak terperanjat dengan persembahan pengajaran hari ini.

Saya gembira dan ucapan terima kasih di atas kerjasama semua sepanjang pelajaran hari ini. Walaupun, kesimpulan berkenaan proses hari tersebut masih belum diketahui, namun, saya rasa apa yang telah kita lalui amat bererti dan semoga ia dapat diaplikasikan di masa hadapan.

Sebagai panduan, berikut adalah lampiran powerpoint yang telah dipersembahkan tempoh hari. Semoga ia dapat dijadikan panduan dalam perlaksanaan tugasan di rumah anda:

slaid-powerpoint-lampiran-b

Selain itu, bicara forum kita tadi amat bererti bukan sahaja dari segi penimbaan kemahiran dalam memcuba karangan bentuk ekspositori tetapi juga sebagai unsur imbas kembali dan renungan bersama terhadap apa yang telah kita lalui selama 8 minggu saya mengajar para pelajar sekalian. Semestinya, ia merupakan unsur lapor balik yang penting dan juga unsur peringatan dan panduan bagi anda dalam usaha untuk mempertingkatkan bahasa Melayu kita bersama.

Peringatan, anda ada tugasan di rumah iaitu perlaksanaan penulisan karangan ekspositori bagi tajuk yang sama:

Cara-cara untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah menengah.

Hasil tulisan karangan tersebut perlu dimuatnaikkan ke dalam blog kelas anda selewat-lewatnya hari Selasa ( 19 Ogos 2008 ) jam 8malam.

Selamat mencuba!

Para pelajar sekalian,

berdasarkan pembelajaran kefahaman yang telah kita lalui bersama, telah saya muatnaikkan bahan hasil pembentangan jawapan bagi soalan semasa aktiviti kumpulan dalam lelaman kelas masing-masing. Anda dipersilakan untuk melungsuri lelaman kelas lain untuk meluaskan lagi cara-cara melaksanakan jawapan soalan kefahaman dengan lebih berkesan.

Saya harap ia dapat membantu pelajar dalam strategi dan teknik menjawab soalan kefahaman