You are currently browsing the category archive for the 'Ucapan' category.

Wah, nampaknya para pelajar sekalian berjaya membuat saya menambah berat badan saya!! Dengan segala macam bahan-bahan atau produk cokelat yang banyak sekali. Dengan itu, saya isytiharkan Cikgu Fauzia sudah tidak terlalu kurus lagi!!

Para pelajar sekalian, izinkan saya bermula dengan kekata:

“SETIAP PERMULAAN ADA AKHIRNYA”

Saya amat gembira kerana telah diberi peluang untuk mengajar anda semua. Semestinya pengalaman tersebut amat bermakna dan merupakan satu kenangan manis buat saya.  Saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan semua serta kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan masing-masing.

3B1 :

Awak semua adalah kelas yang sentiasa menghantar tugasan rumah yang saya berikan. Sesungguhnyam saya amat menghargai kegigihan anda ini. Usah biarkan kelemahan dalam bahasa Melayu menjadi penghalang proses pembelajaran anda kelak. Saya pasti segala kegigihan anda akan diberkati dan membuahkan hasil. Kegigihan dan usaha anda sering membuat saya tersenyum dan saya pasti anda akan tersenyum lebar satu hari nanti

3A1/3S2/3S3:

Kelas anda merupakan dugaan dan cabaran terbesar bagi diri saya memandangkan saiz kelas anda sebanyak 22 pelajar.  Namun, ia membawa satu perasaan yang menyayat hati di saat minggu terakhir saya bersama anda. Saya amat menghargai usaha anda semua dalam menghantar tugasan yang terlewat itu. Saya akan merindui kelas ini kerana kenakalan anda.

3S1/3A2/3A3:

Anda adalah kelas saya yang paling kecil dan agak mudah untuk saya mengajar dan melaksanakan pelbagai aktiviti.  Pengalaman saya amat mengembirakan setiap kali mengajar anda semua. Selain itu, saya juga gembira melihat beberapa pelajar lain yang kini turut ingin bertutur dan berinteraksi dengan aktif di dalam kelas. Saya harap anda dapat teruskan usaha tersebut.  Teruskan keghairahan dan ketekunan dalam proses pembelajaran di dalam bilik darjah.

Namun, akhirnya ini bukan bererti perpisahan… Anda semua pelajar yang saya sayangi dan hargai. Pengalaman kita selama 10 minggu tidak akan hilang dari ingatan.

Selamat Maju Jaya.

Jika ada kesempatan, kita mungkin akan bertemu sekali … mungkin sebagai pelajar saya, mungkin sebagai rakan kerja saya jika anda memilih menjadi seorang guru nanti! Blog ini dan blog kelas kita sentiasa terbuka untuk kita berkomunikasi dan bertukar pendapat.

 

CIKGU FAUZIA

 Para pelajar sekalian, nampaknya  kita akan mendapat cuti yang panjang bermula hari ini hingga Isnin sebelum kita kembali ke sekolah pada hari Selasa 12Ogos 2008. Sempena itu, tontonlah video klip di lelaman ini:

http://www.youtube.com/watch?v=qqR8DFtnHH0

Sambil itu, fikirkan beberapa perkara berkenaan apa yang telah ditonton. Mungkin, sedikit pendapat atau komen dapat diberikan berkenaan video ini. Antara perkara yang boleh difikirkan adalah seperti:

  • Apakah erti kemerdekaan & hari kebangsaan kepada diri anda?
  • Apakah visi yang dikatakan ‘begins with you’ ? Sejauhmanakah rakyat merupakan penggerak dan nadi sesebuah negara?

PILIH SATU DARIPADA PERKARA YANG BERLAKU DALAM KLIP INI

  • Perhatikan pelajar yang hanya melukis dan mewarnakan merah? Apakah signifikasinya apabila ia diselesaikan?
  • Apakah simbol atau perbezaan antara individu di dalam lift dan jangan menaiki tangga setinggi 16 tingkat pada diri anda?
  • Atau perkara lain yang anda anggap menarik…

Satu contoh renungan saya tentang video ini ialah bahawa guru adalah nadi perkembangan pelajar. Pelajar pula merupakan masa hadapan sesebuah negara, terutama sekali Singapura. Pemilihan guru untuk meneruskan kepercayaan terhadap kebolehan pelajar akan menentukan arah perkembangan pelajar tersebut. Guru boleh membangunkan pelajar dan dia juga boleh mematikan pelajarnya.  Oleh itu, sinaran dan cahaya dalam negeri sedikit sebanyak bergantung pada kewibawaan guru dalam mengatur langkah pengajaran dan proses pembelajaran pelajarnya.

Saya sangat berharap untuk mendapatkan pandangan dan renungan para pelajar berkenaan isu ini.

Sempena cuti sekolah hari Isnin yang akan datang,

Ucapan selamat menyambut Hari Belia!

Walaupun sambutannya tidak semeriah semasa kita menyambut Hari Kanak-Kanak di sekolah rendah, namun, saya rasa dan berharap agar para pelajar sekalian mendapat rehat secukupnya dan menikmati cuti sekolah yang hanya buat pelajar! Semoga hari-hari yang bakal ditempuhi sebagai remaja dan belia akan senantiasa menjadi kenangan manis buat masa hadapan.

Sebagai hadiah siber sempena hari Belia yang amat istimewa, ingin saya mendedikasikan sebuah lagi khas buat para pelajar semua agar dapat dijadikan panduan serta hiburan

zapin-belia-muda

Saya akan berjumpa anda semua pada hari Selasa nanti!