You are currently browsing the category archive for the 'Uncategorized' category.
Sempena akhir penggal 3 ini,
Jabatan Bahasa Melayu akan mengadakan satu peraduan penulisan cerpen untuk menguji kemahiran sejak pengalaman anda dalam membaca dan penulisan cerpen semasa cuti pertengahan tahun. Oleh itu, semua pelajar menengah 3 akan menulis satu cerita pendek berdasarkan antara 3 tajuk yang disediakan.
Tarikh penghantaran adalah pada 26 Ogos 2008, selewat-lewatnya jam 3.30ptg dan perlu ditaip dan dicetakkan serta diserahkan kepada saya.
Semua ppelajar dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya satu entri bagi memerikan lagi peraduan ini. Hadiah-hadiah istimewa khas buat hasil cerpen yang baik menanti anda semua.
Saya menanti pencernaan kreativiti anda dalam cerpen tersebut!
Para pelajar sekalian,
Bagi rumusan terhadap pengajaran saya sepanjang 9 minggu ini, saya telah memberikan tugasan di rumah dalam buku kerja anda. Pastikan muka surat dan bahagian berikut dibuat pembetulan serta diselesaikan dan dihantarkan pada hari Isnin hadapan ( 25hb Ogos 2008 ):
ms 1-5 — Kefahaman Objektif / Bina Ayat awalan pinjaman / Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
ms 13-15 — Peribahasa / Imbuhan (Prosedur Kloz)
ms 21-24 — Kefahaman Subjektif / Peluasan Predikat
Pastikan latihan-latihan berikut diselesaikan. Tarikh penghantaran ialah pada hari Isnin hadapan ( 25hb Ogos 2008 ).

