Alhamdulillah…

Semoga pendedahan kepada karangan ekspositori hari ini membuka sedikit ruang kepada kemungkinan para pelajar mencuba karangan bentuk sedemikian pada masa-masa yang akan datang.

Sebagai panduan, berikut adalah lampiran powerpoint yang telah dipersembahkan tempoh hari. Semoga ia dapat dijadikan panduan dalam perlaksanaan tugasan di rumah anda:

slaid-powerpoint-lampiran-b

Selain itu, aktiviti hari ini bukan sahaja dari segi penimbaan kemahiran dalam memcuba karangan bentuk ekspositori tetapi juga sebagai unsur imbas kembali dan renungan bersama terhadap apa yang telah kita lalui selama 8 minggu saya mengajar para pelajar sekalian. Semestinya, ia merupakan unsur lapor balik yang penting dan juga unsur peringatan dan panduan bagi anda dalam usaha untuk mempertingkatkan bahasa Melayu kita bersama.

Peringatan, anda ada tugasan di rumah iaitu perlaksanaan penulisan karangan ekspositori bagi tajuk yang sama:

Cara-cara untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah menengah.

Hasil tulisan karangan tersebut perlu dimuatnaikkan ke dalam blog kelas anda selewat-lewatnya hari Selasa ( 26 Ogos 2008 ) jam 8malam.

Selamat mencuba!

Para pelajar sekalian,

Bagi rumusan terhadap pengajaran saya sepanjang 9 minggu ini, saya telah memberikan tugasan di rumah dalam buku kerja anda. Pastikan muka surat dan bahagian berikut dibuat pembetulan serta diselesaikan dan dihantarkan pada hari Isnin hadapan ( 25hb Ogos 2008 ):

ms 1-5  —  Kefahaman Objektif / Bina Ayat awalan pinjaman / Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

ms 13-15  — Peribahasa / Imbuhan (Prosedur Kloz)

ms 21-24 — Kefahaman Subjektif / Peluasan Predikat

 

Pastikan latihan-latihan berikut diselesaikan.  Tarikh penghantaran ialah pada hari Isnin hadapan ( 25hb Ogos 2008 ).

Para pelajar sekalian,

Semoga aktiviti SCAMPER hari ini memberi nafas baru berkenaan apa yang boleh dilakukan untuk memperluaskan idea dalam jalan cerita karangan.

Ulasan bertulis menggunakan artikel dalam akhbar akan dilaksanakan pada kertas template yang telah disiapkan. 

Ulasan tambahan SCAMPER yang perlu dimuatnaikkan ke dalam blog pada hari ini selewat-lewatnya jam 10 malam

Ulasan online perlu dihantarkan selewat-lewatnya pada hari Isnin hadapan 25hb Ogos 2008.

Saya menantikan hasil kreativiti para pelajar!

Para pelajar sekalian,

Semoga aktiviti SCAMPER hari ini memberi nafas baru berkenaan apa yang boleh dilakukan untuk memperluaskan idea dalam jalan cerita karangan.

Ulasan bertulis menggunakan artikel dalam akhbar akan dilaksanakan pada kertas template yang telah disiapkan.  Ulasan perlu dihantarkan selewat-lewatnya pada hari Isnin hadapan 25hb Ogos 2008.

Saya menantikan hasil kreativiti para pelajar!

Assalamualaikum pelajar sekalian,

Pengukuhan penulisan surat kiriman rasmi hari ini merupakan sedikit ulasan berkenaan hasil penulisan buat ujian penggal ini yang telah anda lalui.  Anda pasti ternanti-nantikan kertas karangan anda dan markah yang telah diraih untuk ujian tersebut.

Usah gusar.. usah terlalu khuatir berkenaan markah. Tujuan hari ini ialah untuk memastikan pelajar memahami kesalahan masing-masing dan membuat perubahan yang sepatutnya dalam perlaksanaan surat kiriman yang lain.

Anda boleh muat turunkan slaid powerpoint sebagai panduan apabila menulis surat kiriman:

slaid-surat-kiriman

Semoga ia dapat dijadikan panduan yang bertepatan setiap kali anda melaksanakan tugasan surat kiriman.

Para pelajar sekalian,

Semoga aktiviti SCAMPER hari ini memberi nafas baru berkenaan apa yang boleh dilakukan untuk memperluaskan idea dalam jalan cerita karangan.

Ulasan bertulis menggunakan artikel dalam akhbar akan dilaksanakan pada kertas template yang telah disiapkan.  Ulasan tambahan SCAMPER yang perlu dimuatnaikkan ke dalam blog.  Kedua-dua bentuk ulasan perlu dihantarkan selewat-lewatnya pada hari Isnin hadapan 25hb Ogos 2008.

Saya menantikan hasil kreativiti para pelajar!

Para pelajar sekalian,

nampaknya hampir kesemua pelajar belum menyelesaikan projek peribahasa anda.  Sila maklum bahawa markah projek ini merupakan sepuluh peratus daripada markah keseluruhan  ujian penggal 3. 

Oleh itu, tarikh penghantaran akan ditangguhkan sehingga hari Rabu ini, 20hb Ogos 2008 jam 5 petang. Pelajar boleh meletakkan hasil hardcopy di dalam pigeon hole Cikgu Maslin  manakala hasil softcopy boleh dimuatnaikkan ke dalam blog atau diemelkan kepada saya di atilza_16@yahoo.com.sg tepat pada jam tersebut.

Bagi kumpulan yang ingin melihat contoh sebahagian daripada projek tersebut berdasarkan satu peribahasa, sila klik kategori peribahasa dalam blog ini.

Kumpulan yang lewat penghantarannya akan dipotong 2 markah bagi satu hari dan selebihnya akan diberi markah kosong jika mencecah hari kedua. 

Sila maklum bahawa usaha projek ini adalah untuk membantu anda agar lulus dalam ujian.  Semoga usaha ini dapat memberi sedikit perangsang untuk anda lebih berupaya untuk lulus dalam ujian penggal ini.

Saya amat menantikan hasil projek anda..

Alhamdulillah…

Hari ini pengajaran dan pembelajaran karangan ekspositori berjaya berjalan dengan lancar bersamaan dengan percubaan kita dalam perlaksanaan forum walaupun terdapat pelajar yang kelihatan agak terperanjat dengan persembahan pengajaran hari ini.

Saya gembira dan ucapan terima kasih di atas kerjasama semua sepanjang pelajaran hari ini. Walaupun, kesimpulan berkenaan proses hari tersebut masih belum diketahui, namun, saya rasa apa yang telah kita lalui amat bererti dan semoga ia dapat diaplikasikan di masa hadapan.

Sebagai panduan, berikut adalah lampiran powerpoint yang telah dipersembahkan tempoh hari. Semoga ia dapat dijadikan panduan dalam perlaksanaan tugasan di rumah anda:

slaid-powerpoint-lampiran-b

Selain itu, bicara forum kita tadi amat bererti bukan sahaja dari segi penimbaan kemahiran dalam memcuba karangan bentuk ekspositori tetapi juga sebagai unsur imbas kembali dan renungan bersama terhadap apa yang telah kita lalui selama 8 minggu saya mengajar para pelajar sekalian. Semestinya, ia merupakan unsur lapor balik yang penting dan juga unsur peringatan dan panduan bagi anda dalam usaha untuk mempertingkatkan bahasa Melayu kita bersama.

Peringatan, anda ada tugasan di rumah iaitu perlaksanaan penulisan karangan ekspositori bagi tajuk yang sama:

Cara-cara untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah menengah.

Hasil tulisan karangan tersebut perlu dimuatnaikkan ke dalam blog kelas anda selewat-lewatnya hari Selasa ( 19 Ogos 2008 ) jam 8malam.

Selamat mencuba!

Para pelajar sekalian,

Harapan saya anda seronok melalui pembelajaran berkenaan kata majmuk di dalam kelas tadi. Semoga pengalaman dalam proses pembelajaran tadi berkesan untuk mengukuhkan pemahaman anda berkenaan kata majmuk dan proses pengimbuhan serta pemilihan untuk memisahkan dua kata atau menyambung kata berkenaan.

slaid-kata-majmuk1

Pemahaman penjenisan dan makna kata majmuk serta pengimbuhan ini amat berguna untuk diaplikasikan dalam bahagian A1 bagi kertas kedua dan juga penambahan pada kosa kata dalam aspek penulisan secara amnya.

Dengan itu, pastikan anda selesaikan lembaran kerja yang telah diedarkan:

lembaran-kerja-kt-majmuk1

Pastikan lembaran kerja ini diselesaikan dan dihantar pada 18 Ogos 2008 semasa kelas Bahasa Melayu kita nanti. Selamat Mencuba!

Nampaknya, ulasan bagi minggu lalu, iaitu Minggu 7 masih belum dimuatnaikkan para pelajar daripada 3A1-3A3 dan 3S1-3S3. Saya ingin melihat hasil ulasan dimuatnaikkan ke dalam blog seperti biasa selewat-lewatnya pada hari Khamis jam 10malam. 

Selain itu, sila maca komen-komen yang telah diletakkan bagi dua hasil ulasan anda yang telah dibuat pada permulaan penggal ini.  Fikirkan tentang persoalan dan perkara yang telah saya kemukakan. Respons pelajar dan rakan-rakan yang lain amat dialu-alukan.

Lantas, dengan penuh sukacita, saya ingin mengumumkan perlaksanaan tugasan bagi ulasan minggu 8 minggu ini. Baca dan pilih satu keratan akhbar untuk diringkaskan dan dilakarkan ulsaan tersebut. Bagi ulasan Minggu 8, tarikh penghantarannya bagi anda untuk memuatnaikkan ulasan tersebut ialah pada hari Isnin, minggu hadapan ( 18 ogos 2008 ).  harapan saya agar penghantaran kali ini akan lebih berkesan dan dilaksanakan tepat pada masa yang ditetapkan.