Bagi tujuan membantu dalam permarkahan bagi ujian penggal 3, projek bagi subjek bahasa Melayu akan diadakan.  Tujuan  projek ini juga adalah untuk memberi para pelajar wadah rujukan berkesan dalam mengulangkaji dan mempelajari peribahasa dengan cara mudah.

PROJEK PERIBAHASA KITA :Buku Panduan Peribahasa

Anda dikehendaki bekerja dalam kumpulan yang tidak melebihi 3 pelajar setiap kumpulan. Arahan dan penjelasan tentang projek ini terdapat dalam lembaran kerja di bawah:

projek-work-peribahasa

Pastikan anda membaca arahan dengan teliti. Rubrik bagi perlaksanaan projek tersebut akan diberikan sebaik sahaja kumpulan berjumpa saya untuk konsultasi isi projek ( 4hb Ogos 2008 ) sebelum memulakan hasil kreativiti.

Tarikh penghantaran bagi projekini ialah pada hari Jumaat ( 15 Ogos 2008 ). Kumpulan yang tidak menghantar projek mereka akan dikenakan denda, iaitu markah kosong bagi komponen projek untuk markah ujian penggal 3 ini.