Setelah didedahkan kepada strategi prosedur kloz hari ini, harapan saya ia menjadi panduan yang tepat dan berkesan bagi perlaksanaan soalan sedemikian dalam ujian dan peperiksaan. Ia bukanlah cara yang muktamad tetapi berkebolehan untuk membantu sedikit sebanyak:

slaid-prosedur-kloz

Semoga dengan adanya bahan ini, ia dapat menyediakan wadah untuk anda mengulangkaji dan mengamalkan strategi-strategi yang tertentu demi mencapai kejayaan.

Berikut saya lampirkan lembaran kerja berpandu secara bertahap-tahap yang perlu dilaksanakan semasa cuti panjang sempena Hari Kebangsaan.

lembaran-kerja-prosedur-kloz

Hantarkan ia selewat-lewatnya pada 12 Ogos 2008 semasa kelas bahasa Melayu.