Para pelajar sekalian, nampaknya  kita akan mendapat cuti yang panjang bermula hari ini hingga Isnin sebelum kita kembali ke sekolah pada hari Selasa 12Ogos 2008. Sempena itu, tontonlah video klip di lelaman ini:

http://www.youtube.com/watch?v=qqR8DFtnHH0

Sambil itu, fikirkan beberapa perkara berkenaan apa yang telah ditonton. Mungkin, sedikit pendapat atau komen dapat diberikan berkenaan video ini. Antara perkara yang boleh difikirkan adalah seperti:

  • Apakah erti kemerdekaan & hari kebangsaan kepada diri anda?
  • Apakah visi yang dikatakan ‘begins with you’ ? Sejauhmanakah rakyat merupakan penggerak dan nadi sesebuah negara?

PILIH SATU DARIPADA PERKARA YANG BERLAKU DALAM KLIP INI

  • Perhatikan pelajar yang hanya melukis dan mewarnakan merah? Apakah signifikasinya apabila ia diselesaikan?
  • Apakah simbol atau perbezaan antara individu di dalam lift dan jangan menaiki tangga setinggi 16 tingkat pada diri anda?
  • Atau perkara lain yang anda anggap menarik…

Satu contoh renungan saya tentang video ini ialah bahawa guru adalah nadi perkembangan pelajar. Pelajar pula merupakan masa hadapan sesebuah negara, terutama sekali Singapura. Pemilihan guru untuk meneruskan kepercayaan terhadap kebolehan pelajar akan menentukan arah perkembangan pelajar tersebut. Guru boleh membangunkan pelajar dan dia juga boleh mematikan pelajarnya.  Oleh itu, sinaran dan cahaya dalam negeri sedikit sebanyak bergantung pada kewibawaan guru dalam mengatur langkah pengajaran dan proses pembelajaran pelajarnya.

Saya sangat berharap untuk mendapatkan pandangan dan renungan para pelajar berkenaan isu ini.