Nampaknya, ulasan bagi minggu lalu, iaitu Minggu 7 masih belum dimuatnaikkan para pelajar daripada 3A1-3A3 dan 3S1-3S3. Saya ingin melihat hasil ulasan dimuatnaikkan ke dalam blog seperti biasa selewat-lewatnya pada hari Khamis jam 10malam. 

Selain itu, sila maca komen-komen yang telah diletakkan bagi dua hasil ulasan anda yang telah dibuat pada permulaan penggal ini.  Fikirkan tentang persoalan dan perkara yang telah saya kemukakan. Respons pelajar dan rakan-rakan yang lain amat dialu-alukan.

Lantas, dengan penuh sukacita, saya ingin mengumumkan perlaksanaan tugasan bagi ulasan minggu 8 minggu ini. Baca dan pilih satu keratan akhbar untuk diringkaskan dan dilakarkan ulsaan tersebut. Bagi ulasan Minggu 8, tarikh penghantarannya bagi anda untuk memuatnaikkan ulasan tersebut ialah pada hari Isnin, minggu hadapan ( 18 ogos 2008 ).  harapan saya agar penghantaran kali ini akan lebih berkesan dan dilaksanakan tepat pada masa yang ditetapkan.