Alhamdulillah…

Hari ini pengajaran dan pembelajaran karangan ekspositori berjaya berjalan dengan lancar bersamaan dengan percubaan kita dalam perlaksanaan forum walaupun terdapat pelajar yang kelihatan agak terperanjat dengan persembahan pengajaran hari ini.

Saya gembira dan ucapan terima kasih di atas kerjasama semua sepanjang pelajaran hari ini. Walaupun, kesimpulan berkenaan proses hari tersebut masih belum diketahui, namun, saya rasa apa yang telah kita lalui amat bererti dan semoga ia dapat diaplikasikan di masa hadapan.

Sebagai panduan, berikut adalah lampiran powerpoint yang telah dipersembahkan tempoh hari. Semoga ia dapat dijadikan panduan dalam perlaksanaan tugasan di rumah anda:

slaid-powerpoint-lampiran-b

Selain itu, bicara forum kita tadi amat bererti bukan sahaja dari segi penimbaan kemahiran dalam memcuba karangan bentuk ekspositori tetapi juga sebagai unsur imbas kembali dan renungan bersama terhadap apa yang telah kita lalui selama 8 minggu saya mengajar para pelajar sekalian. Semestinya, ia merupakan unsur lapor balik yang penting dan juga unsur peringatan dan panduan bagi anda dalam usaha untuk mempertingkatkan bahasa Melayu kita bersama.

Peringatan, anda ada tugasan di rumah iaitu perlaksanaan penulisan karangan ekspositori bagi tajuk yang sama:

Cara-cara untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah menengah.

Hasil tulisan karangan tersebut perlu dimuatnaikkan ke dalam blog kelas anda selewat-lewatnya hari Selasa ( 19 Ogos 2008 ) jam 8malam.

Selamat mencuba!