Alhamdulillah…

Semoga pendedahan kepada karangan ekspositori hari ini membuka sedikit ruang kepada kemungkinan para pelajar mencuba karangan bentuk sedemikian pada masa-masa yang akan datang.

Sebagai panduan, berikut adalah lampiran powerpoint yang telah dipersembahkan tempoh hari. Semoga ia dapat dijadikan panduan dalam perlaksanaan tugasan di rumah anda:

slaid-powerpoint-lampiran-b

Selain itu, aktiviti hari ini bukan sahaja dari segi penimbaan kemahiran dalam memcuba karangan bentuk ekspositori tetapi juga sebagai unsur imbas kembali dan renungan bersama terhadap apa yang telah kita lalui selama 8 minggu saya mengajar para pelajar sekalian. Semestinya, ia merupakan unsur lapor balik yang penting dan juga unsur peringatan dan panduan bagi anda dalam usaha untuk mempertingkatkan bahasa Melayu kita bersama.

Peringatan, anda ada tugasan di rumah iaitu perlaksanaan penulisan karangan ekspositori bagi tajuk yang sama:

Cara-cara untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah menengah.

Hasil tulisan karangan tersebut perlu dimuatnaikkan ke dalam blog kelas anda selewat-lewatnya hari Selasa ( 26 Ogos 2008 ) jam 8malam.

Selamat mencuba!