Wah, nampaknya para pelajar sekalian berjaya membuat saya menambah berat badan saya!! Dengan segala macam bahan-bahan atau produk cokelat yang banyak sekali. Dengan itu, saya isytiharkan Cikgu Fauzia sudah tidak terlalu kurus lagi!!

Para pelajar sekalian, izinkan saya bermula dengan kekata:

“SETIAP PERMULAAN ADA AKHIRNYA”

Saya amat gembira kerana telah diberi peluang untuk mengajar anda semua. Semestinya pengalaman tersebut amat bermakna dan merupakan satu kenangan manis buat saya.  Saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan semua serta kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan masing-masing.

3B1 :

Awak semua adalah kelas yang sentiasa menghantar tugasan rumah yang saya berikan. Sesungguhnyam saya amat menghargai kegigihan anda ini. Usah biarkan kelemahan dalam bahasa Melayu menjadi penghalang proses pembelajaran anda kelak. Saya pasti segala kegigihan anda akan diberkati dan membuahkan hasil. Kegigihan dan usaha anda sering membuat saya tersenyum dan saya pasti anda akan tersenyum lebar satu hari nanti

3A1/3S2/3S3:

Kelas anda merupakan dugaan dan cabaran terbesar bagi diri saya memandangkan saiz kelas anda sebanyak 22 pelajar.  Namun, ia membawa satu perasaan yang menyayat hati di saat minggu terakhir saya bersama anda. Saya amat menghargai usaha anda semua dalam menghantar tugasan yang terlewat itu. Saya akan merindui kelas ini kerana kenakalan anda.

3S1/3A2/3A3:

Anda adalah kelas saya yang paling kecil dan agak mudah untuk saya mengajar dan melaksanakan pelbagai aktiviti.  Pengalaman saya amat mengembirakan setiap kali mengajar anda semua. Selain itu, saya juga gembira melihat beberapa pelajar lain yang kini turut ingin bertutur dan berinteraksi dengan aktif di dalam kelas. Saya harap anda dapat teruskan usaha tersebut.  Teruskan keghairahan dan ketekunan dalam proses pembelajaran di dalam bilik darjah.

Namun, akhirnya ini bukan bererti perpisahan… Anda semua pelajar yang saya sayangi dan hargai. Pengalaman kita selama 10 minggu tidak akan hilang dari ingatan.

Selamat Maju Jaya.

Jika ada kesempatan, kita mungkin akan bertemu sekali … mungkin sebagai pelajar saya, mungkin sebagai rakan kerja saya jika anda memilih menjadi seorang guru nanti! Blog ini dan blog kelas kita sentiasa terbuka untuk kita berkomunikasi dan bertukar pendapat.

 

CIKGU FAUZIA