Mokhtar

 

Penggunaan frasa-frasa berbunga yang bertepatan serta berupya menyampaikan nada dan perasaan yang wujud dalam watak pada pembaca.  Namun, jalan cerita agak kompleks dan kadang-kala mengelirukan.

 

 

Feliks

 

Pemilihan jalan cerita yang baik dan bersesuaian dengan permulaan cerita. Percubaan untuk menggunakan frasa-frasa untuk memberi deskripsi mendalam terhadap apa yang berlaku dalam jalan cerita. Namun, penutup cerpen terlalu mendadak dan tidak meleraikan masalah dalam cerita.

 

Lina

 

Penggunaan penanda wacana yang berkesan dan mengembirakan. Satu usaha yang dipuji dalam mempraktikkan apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Namun, keterikatan antara jalan cerita dengan permulaan cerita kurang meyakinkan.

 

Fadhli

 

Sebuah cerita yang amat menyayat hati. Kebolehan meletakkan diri dalam situasi seseorang yang lebih dewasa menunjukkan kematangan fikiran. Dilihat juga penggunaan frasa-frasa yang baik dalam cerpen. Namun, perlu beri keprihatinan terhadap organisasi perenggan serta bahasa.

 

Norsyafiqah

 

Cerita yang unik yang boleh disampaikan dengan sedikit unsur suspens dengan merahsiakan identiti watak-watak tertentu. Penggunaan frasa-frasa berbunga yang sangat bersesuaian dengan keperluan bahagian dalam cerita berkenaan.

 

Nurul Nadiah

 

Satu cerita yang memberi persepsi baru terhadap jalan cerita yang boleh dijadikan pilihan buat permulaa cerita. Usaha untuk menerapkan peribahasa yang bersesuaian amat mengembirakan. Namun, masih boleh diperkembangkan penggunaannya dalam konteks dengan lebih realistic

 

Haziqah

 

Cerpen yang bermula seperti karangan biasa tetapi memberi unsur kejutan yang bertepatan dengan keperluan penulisan cerpen. Memperlihatkan praktis frasa-frasa berbunga. Namun, perlu berhati-hati dengan penggunaan bahasa yang gramatis

 

Hazeerah

 

Satu percubaan untuk menghasilkan cerpen yang berakhir dengan tanda tanya tetapi masih mempunyai kesimpulan yang boleh diteka oleh pembaca. Percubaan yang boleh dipertingkatkan. Namun, kesimpulan dan permulaan sukar dibuat ikatannya. Usaha untuk menggunakan peribahasa da frasa berbunga juga dapat dilihat.

 

Raudhatul Jannah

 

Satu cerpen yang mempunyai jalan cerita yang bersesuaian tetapi kurang mengungkap akhiran cerpen, “tidak sempat ungkapkan”.  Perihal guru perlu diperlihatkan dengan lebih mendalam sepanjang cerita, yakni, guru sebagai watak utama dalam cerita. Cara teknik imbas kembali juga dapat dilakukan dengan cara yang kurang mendadak.

 

Lydia

 

Pengenalan kepada dua watak penting agak ketara dalam cerpen. Namun, watak ‘guru’ yang amat diperlukan dalam cerpen berkenaan tidak menonjol seperti mana yang sepatutnya. Penggunaan bahasa yang mudah dan kekurangan frasa-frasa berbunga yang boleh memerikan cerpen. Penutup kurang dikaitkan mengapa Rizal tidak sempat ungkapkan kata-katanya.

 

Hadi

 

Jalan cerita kurang logik dan agak mengelirukan. Malah ia memberi terlalu banyak tanda Tanya terhadap pembaca. Mungkin, penggunaan deskripsi yang mendalam untuk menjelaskan perasaan yang bergelora dalam Rizal dapat membantu.

 

Baizurah

 

Jalan cerita dapat dilihat dan difahami dengan jelas. Namun, ia tidak berlegar di sekitar watak guru yang sepatutnya merupakan watak utama dalam cerita. Malah, tiada penggunaan akhiran cerita yang disediakan.

 

Siti Nurlaili

 

Jalan cerita yang memuaskan keperluan cerpen yang memerlukan akhiran yang sedemikian serta logik dan mudah difahami. Berupaya menghidupkan watak guru yang menjadi watak utama. Namun, bahagian permulaan cerita boleh disingkatkan.

 

Nadirah

 

Satu percubaan yang baik serta memperlihatkan jalan cerita yang menarik dan mudah difahami. Bahasa yang digunakan bertepatan dengan tahap penulisan. Penggunaan beberapa penanda wacana yang dilihat amat mengembirakan. Sebagai tambahan, penggunaan peribahasa juga dapat digunakan untuk memerikan cerpen ini

Ivonne

 

Penggunaan frasa-frasa berbunga yang amat bersesuaian dengan konteks ayat dan perenggan. Jalan cerita juga turut menepati keperluan cerpen yang akhirannya sedemikian. Sebagai tambahan, boleh didalami perasaan Rizal dengan menggunakan kata atau frasa adjektif yang bersesuaian untuk menghidupkan lagi watak tersebut.

 

Reeta

 

Usaha penulisan cerpen yang amat mengembirakan. Walaupun agak panjang, menunjukkan kematangan untuk mengupas watak dan jalan cerita dengan mendalam serta realistik. Walaubagaimanapun, masih boleh dipadatkan bahagian awal cerpen tersebut supaya tidak terlalu membosankan.

 

Fadzil

 

Cerita diakhiri dengan unsur nasihat bagi pembaca. Bersesuaian untuk pembaca di peringkat menengah rendah. Namun, adalah lebih baik jika unsur kebaikan dan pengajaran dating sendiri kepada pembaca setelah membaca, terutama lagi bagi penulisan peringkat menengah.

 

Susanty

 

Satu jalan cerita yang mudah difahami dan padat. Pendekatan nasihat diambil berbeza kerana diungkapkan oleh watak sendiri. Mungkin, untuk memerikan lagi cerpen, dapat digunakan unsur penulisan diari atau blog dan lain-lain lagi yang boleh menyampaikan mesej tersebut secara tersirat