Lelaman siber buat guru dan para pelajar untuk berkomunikasi dan bertukar pendapat tentang pelbagai perkara tidak kira isu semasa dan perihal pembelajaran dalam bilik darjah.

Ia juga merupakan wadah lapor balik secara siber antara pelajar dan guru agar pembelajaran bahasa Melayu akan senantiasa dilaksanakan.

Semua bahan pembelajaran dan pengajaran turut dimuat naikkan buat kegunaan para pelajar tidak kira masa. Semoga ia menjadi unsur rujukan yang berkesan bagi peningkatan dan kecemerlangan pelajar.